Rabu, 27 Mei 2009

"Train & Place"

Hari ni smpat gak g kt Jabatan Tenaga Kerja brtempat kt Wisma,utk dgr taklimat mengenai kursus 'Train & Place'. Sebenarnya 2,3 ari lps teragak2 gak utk join dgr taklimat ni.Tp bila d pk2, duk rmh pun x de bt pape baik la pegi kan.At least dpt gak informasi n faedah ckit2.lgpun rasa trbuka hati ni utk turut serta join taklimat 2.Apa lg,trus la ajak my best fren, Nik utk join skali.

So ari ni,jam 9pg kami berdua dh ade di sane.Taklimat diadakan di Bilik Gunasama kt Wisma 2.Kt sane kami diberi penerangan mengenai kursus Train & Place ni.Sebenarnya kursus ini disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia secara percuma kpd pekerja yang diberhentikan, siswazah menganggur dan juga golongan belia..Salah satu inisiatif kerajaan di musim gawat nie.Mmm,skrg ni ngah pk2 nak join or x.mcm berminat gak lgpun skrng ni masih lg dlm proses mencari2 kerja.hehee...




KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia. Syarat dan Kelayakan

1. Program ini terbuka kepada :
i. Pekerja yang diberhentikan
ii. Siswazah menganggur
iii. Belia Mengganggur.

2. Pemohon perlu terlebih dahulu berdaftar dengan portal JobsMalaysia di

http://www.jobsmalaysiia.gov.my/


Tempoh Latihan
Latihan akan dijalankan pusat latihan yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia bagi tempoh 1 hingga 6 bulan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan seperti dilampirkan atau secara on-line melalui portal
http://www.jobsmalaysia.gov.my/


Yuran Latihan / Elaun Sara Diri
1. Yuran latihan adalah ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia.
2. Pelatih akan diberikan elaun sara diri minima RM 500.00 sebulan.


Alamat
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke
alamat berikut :

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.


Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-88889111 (Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan)


p/s : Teringat lak kt nasi lemak yg disediakan utk mkn pg kt wisma td.bestnyer...nnti jumaat ni nk msk nasi lemak 4 breakfeast lak.. =p


Tiada ulasan: