Selasa, 21 April 2009

Big Blue..

Ari 2 jalan2 kt Mid Valley dgn dik tiqah. Time duk jln2 2 terlihat ade replika 'Big Blue' kt East Atrium (Aras Bawah), Mid Valley . So singgah2 la kejap tgk2 ape yg ade..Ha?ape 2 'Big blue'??Mgkin ade org yg tertanya2 kan ape itu 'Big Blue'. Ni nk kongsi sedikit informasi mengenai 'Big Blue'.So pade sape2 nk tau or nk tmbh sedikit ilmu 2, jom la baca..



INFO: Ikan Paus


  • Haiwan terbesar pernah menghuni bumi - lebih besar daripada dinasor dan dua kali ganda lebih besar dari ikan paus lain.

  • Boleh mencapai berat 200 tan malah lebih berat daripada 40 gajah Asia dewasa.

  • Boleh membesar hingga 100 kaki atau bersamaan dua bas ekspres malah lebih panjang dari gelanggang bola keranjang NBA.

  • Makan hingga empat tan bahan makanan dalam sehari atau bersamaan 64,000 burger!

  • Jantung sebesar kereta Mini Cooper dan mampu mencapai berat 450 kilogram. Manusia boleh merangkak di arteri utama haiwan ini!

  • Antara haiwan paling bising di planet malah mampu menghasilkan bunyi sekuat enjin jet (malah bacaan bunyi paus biru mencapai 188 desibel berbanding enjin jet 140 desibel).

  • Boleh berkomunikasi antara satu sama lain pada jarak hingga 1,600 kilometer.

  • Menyelam bagi tempoh antara 10 hingga 20 minit dan makan pada jarak kedalaman 100 meter.

  • Menghabiskan hampir seluruh hayat di bawah laut dan sesekali timbul di permukaan air bagi tempoh beberapa saat bagi mengisi paru-paru dengan udara.

  • Melayari lautan pada kelajuan 10 kilometer sejam tetapi boleh meningkatkan kelajuan lebih 32 kilometer jika terancam. Paus biru mampu berenang 160 kilometer sehari.

  • Mampu memancutkan air setinggi 10 meter atau bangunan dua tingkat.

  • Dilahirkan dengan tanda seperti cap ibu jari manusia yang tidak akan berubah.






  • Bandingkan...





    Replika saiz sebenar anak ikan paus..besar kan??



    Itu saje entry utk kali ni..Semoga bermanfaat utk anda semua.. (^_^)


    p/s: Persediaan utk exm ( 23 April- 5 Mei 2009 ). Utk member2 yg nk exm 2, selamat maju jaya k! =)






    Tiada ulasan: